Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) Menegaskan Komitmen Terhadap Langkah-Langkah Interim Bank Negara Malaysia (BNM)
Kami memahami bahawa liputan berita baru-baru ini pada 23 dan 24 Mac 2025 mungkin telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pemegang polisi kami. Kami ingin memberikan penjelasan, sambil menegaskan komitmen sepenuhnya Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) terhadap Langkah-Langkah Interim Bank Negara Malaysia (BNM), yang diumumkan pada 20 Disember 2024.
Artikel tersebut merujuk petikan dari surat kepada pelanggan kami, yang menggariskan purata kadar inflasi perubatan untuk salah satu pelan perubatan kami, PRUHealth, susulan daripada peningkatan dalam bilangan pemegang polisi yang membuat tuntutan dan jumlah purata tuntutan mereka. Maklumat ini dikongsikan untuk membantu pemegang polisi memahami faktor yang mempengaruhi kos penjagaan kesihatan dan memastikan pematuhan kepada garis panduan.
Sejak pelaksanaan Langkah-Langkah Interim BNM, kami telah menghubungi para pemegang polisi secara berperingkat sejak 18 Mac 2025 dengan maklumat terkini, memperincikan langkah-langkah, dengan premium dan caj insurans yang dikemas kini. Langkah-langkah itu termasuk pelarasan premium secara berperingkat dan bantuan tambahan untuk pemegang polisi yang layak.
Inflasi kos perubatan adalah isu semasa negara yang melibatkan semua lapisan masyarakat. Langkah-Langkah Interim BNM adalah komitmen bersama industri insurans dan takaful untuk melaksanakan pelarasan ini secara bertanggungjawab dan telus.
Keutamaan kami adalah untuk memastikan pelanggan kami menerima sokongan dan penjelasan yang mereka perlukan, dan bahawa mereka memahami pilihan yang tersedia untuk mereka berkaitan dengan perlindungan polisi mereka.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan bantuan lanjut, kami menggalakkan anda untuk menghubungi talian khusus kami di 03-27712450 (Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi – 5.15 petang) atau e-mel shareyourfeedback@prudential.com.my.
Soalan-soalan Lazim mengenai perkara ini boleh didapati di https://www.prudential.com.my/en
Untuk pertanyaan media lanjut mengenai kenyataan ini, sila hubungi corporate.affairs@prudential.com.my