Polisi Privasi
Prudential Assurance Malaysia Berhad

Polisi Privasi Prudential Assurance Malaysia Berhad

Kami, Prudential Assurance Malaysia Berhad (“PAMB”), mengambil privasi dan perlindungan data peribadi anda dengan serius.

Oleh itu, kami telah menyediakan maklumat di bawah tentang pemprosesan data peribadi anda, apa hak-hak yang anda ada, dan bagaimana anda boleh berhubung dengan kami jika anda ingin mengetahui lebih lanjut.

Di mana"data peribadi" digunakan, kami bermaksud maklumat tentang anda, seperti nama, tarikh lahir dan butiran-butiran perhubungan anda. Kami mengumpul data peribadi daripada anda yang diperlukan untuk kami menyediakan anda dengan produk atau perkhidmatan yang anda telah minta atau untuk mematuhi keperluan undang-undang atau kontrak. Jika anda tidak dapat memberi data peribadi tertentu yang diperlukan untuk kami menyediakan produk-produck dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan kami kepada anda, kami tidak akan dapat menyediakan anda dengan produk-produk dan/atau perkhidmatan tersebut.

Kami mungkin mengubah Polisi Privasi ini dari semasa ke semasa dengan mengemas kini Polisi Privasi kami di laman web kami. Kami menggalakkan anda untuk menyemak Polisi Privasi kami dari semasa ke semasa di laman web kami, kerana versi Polisi Privasi kami yang kini dipaparkan di laman web kami akan diberi keutamaan berbanding dengan semua versi Polisi Privasi kami yang terdahulu.

Bahagian A – Data peribadi yang kami proses

  • Butiran-butiran peribadi dan hubungan, seperti gelaran, nama penuh, butiran-butiran hubungan dan sejarah butiran-butiran hubungan;

  • maklumat dokumen perjalanan;

  • tarikh lahir, jantina dan/atau umur anda;

  • kewarganegaraan, butiran-butiran dan salinan dokumen pengenalan anda (jika berkaitan dengan produk atau perkhidmatan);

  • butiran-butiran tentang pihak-pihak ketiga yang anda memberi kepada kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada benefisiari (termasuk benefisiari minor), penama, pemegang amanah, pemegang serah hak, nyawa yang diinsuranskan produk atau perkhidmatan kami;

  • butiran-butiran tentang ahli-ahli keluarga anda (jika berkaitan dengan produk atau perkhidmatan);

  • rekod perhubungan anda dengan kami seperti di mana anda menghubungi kami melalui nombor telefon pusat khidmat pelanggan kami dan, jika anda menghubungi kami secara online dengan menggunakan perkhidmatan online kami atau melalui aplikasi telefon pintar kami, butiran-butiran seperti data lokasi telefon bimbit, alamat IP dan alamat MAC anda;

  • produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang anda mempunyai dengan kami, serta apa-apa yang anda pernah berminat dan mempunyai dan kaedah-kaedah pembayaran berkaitan yang telah digunakan;

  • kegunaan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami, apa-apa tuntutan dan sama ada tuntutan tersebut telah dibayar atau tidak (dan butiran-butiran yang berkaitan dengan ini);

  • analisis data yang berkaitan dengan pemasaran yang dibuat kepada anda, termasuk sejarah komunikasi dan sama ada anda membukanya atau mengklik pautan-pautan;

  • maklumat tentang kegunaan anda terhadap produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan yang dipegang dengan Rakan-Rakan Kongsi Pemasaran kami, seperti polisi insurans, atau perkhidmatan-perkhidmatan dan produk-produk kewangan;

  • maklumat yang kami memperolehi daripada pihak-pihak ketiga, termasuk maklumat mengenai risiko insurans, harga, sejarah tuntutan, kegiatan penipuan yang disyaki dan sejarah penggunaan;

  • data peribadi yang kami memperolehi daripada Agensi-Agensi Rujukan Kredit dan Agensi-Agensi Pencegahan Penipuan, termasuk sejarah awam (sebagai contoh, kemungkiran) dan kredit kongsi, kedudukan kewangan dan sejarah kewangan;

  • maklumat penipuan, hutang dan kecurian, termasuk butir-butir wang yang anda berhutang, kegiatan penipuan atau kecurian yang disyaki, dan butir-butir berkenaan dengan peranti-peranti yang digunakan untuk penipuan;

  • maklumat rekod jenayah, termasuk jenayah-jenayah yang dituduhkan;

  • maklumat tentang rekod kesihatan/perubatan anda atau jika anda seorang pelanggan terdedah atau jika anda sedang memohon insurans perubatan atau nyawa;

  • maklumat tentang harta tanah anda, seperti lokasi, nilai, bilangan bilik, jenis harta tanah dan kerja-kerja bangunan yang anda telah lakukan (jika berkaitan dengan produk atau perkhidmatan);

  • butiran-butiran kewangan berkenaan anda, seperti gaji anda dan butiran-butiran pendapatan anda yang lain, butiran-butiran simpanan anda, butiran-butiran perbelanjaan anda dan kaedah-kaedah pembayarannya;

  • butiran-butiran tentang semua peminjaman dan pinjaman semasa anda (jika berkaitan dengan produk atau perkhidmatan);

  • maklumat tentang status pekerjaan anda (jika berkaitan dengan produk atau perkhidmatan);

  • status kediaman dan/atau kewarganegaraan anda;

  • status perkahwinan, keluarga, gaya hidup atau keadaan sosial anda (jika berkaitan dengan produk atau perkhidmatan). Sebagai contoh, bilangan tanggungan yang anda mempunyai dan jika anda merupakan seorang balu atau duda;

  • maklumat yang kami membeli atau menyewa daripada pihak-pihak ketiga, termasuk maklumat demografi, butir-butir kewangan yang belum dijelaskan, senarai pemasaran, maklumat awam, dan maklumat untuk membantu menambahbaik relevansi produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami;

  • pemahamam tentang anda dan pelanggan-pelanggan yang didapat daripada analisis atau pemprofailan pelanggan-pelanggan;

  • urus niaga pihak-pihak ketiga; seperti di mana seorang selain daripada pemegang akaun menggunakan perkhidmatan tersebut, maklumat tentang individu tersebut dan urus niaga tersebut; dan

  • maklumat cukai (jika relevan dengan produk atau perkhidmatan). Sebagai contoh, bagi akaun pelaburan.                                                                                              

Bahagian B – Di mana kami mendapat data peribadi anda

Kami akan mengumpul data peribadi daripada sumber umum yang berikut:

  • daripada anda secara langsung, dan apa-apa maklumat daripada ahli keluarga, individu yang berkaitan atau benefisiari-benefisiari produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan;

  • maklumat yang dijana tentang anda apabila anda mengguna produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami;

  • dari broker atau perantara lain (contohnya, ejen, pengedar, rakan-rakan kongsi perniagaan) yang bekerjasama dengan kami untuk memberi produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan atau sebut harga kepada anda;

  • syarikat-syarikat Kumpulan Prudential jika anda telah memiliki produk atau perkhidmatan dengan mereka, pernah memohon untuk produk atau perkhidmatan atau pernah memiliki produk atau perkhidmatan sebelum ini;

  • Kuki, lokasi perkhidmatan, alamat IP apabila anda melawati laman web kami atau aplikasi mudah alih atau apabila anda mengisi borang-borang hubungi kami dalam laman web atau aplikasi kami;

  • Pihak-pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada syarikat-syarikat insurans, vendor, institusi-institusi kewangan, kakitangan perubatan, persatuan industri, pengawal selia, pemegang amanah, pemegang serah hak, nyawa yang diinsuranskan, penama produk dan perkhidmatan kami, mahkamah atau rekod awam;

  • Soal selidik dan butiran-butiran hubungan apabila anda mengambil bahagian dalam kaji selidik, menghadiri persidangan pelabur, pameran bergerak atau apabila anda mengemas kini borang hubungi kami di laman web kami;

  • dari sumber lain seperti Agensi-Agensi Pencegahan Penipuan, Agensi-Agensi Rujukan Kredit, peminjam lain, direktori-direktori dan maklumat awam (contohnya, direktori telefon, media sosial, internet, artikel berita), pemulihan hutang dan / atau ejen mengesan, organisasi-organisasi lain untuk membantu dalam pencegahan dan pengesanan jenayah, polis dan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang; dan 

  • kami membeli atau menyewa maklumat tentang anda atau pelanggan-pelanggan secara umumnya daripada pihak-pihak ketiga termasuk maklumat demografi, butiran-butiran kenderaan, sejarah tuntutan-tuntutan, maklumat penipuan, senarai pemasaran, maklumat awam yang sedia ada dan maklumat lain untuk membantu menambahbaik produk dan perkhidmatan kami atau perniagaan kami.                                                                                                                                                      

Bahagian B.1 – Polisi kuki [Hanya berkenaan jika anda sedang mengakses laman web kami]

Laman kami menggunakan kuki untuk membezakan anda daripada pengguna-pengguna lain laman web kami. Ini membantu kami memberi kamu dengan pengalaman yang baik apabila anda menggunakan laman web kami dan juga membolehkan kami menambahbaik laman web kami. Kuki adalah satu fail kecil yang mengandungi huruf dan nombor yang kami simpan di pelayar anda atau cakera keras komputer anda. Kuki mengandungi maklumat yang disimpan pada cakera keras komputer anda. Anda mempunyai keupayaan untuk menerima atau menolak kuki dengan mengubah suai tetapan dalam pelayar anda. Jika anda ingin berbuat demikian, sila lihat menu bantuan di pelayar anda.

Kami menggunakan jenis-jenis kuki yang berikut:

  • Kuki dengan tegasnya dikehendaki. Ini adalah kuki yang dikehendaki untuk operasi laman web kami. Ia termasuk, contohnya, kuki yang membolehkan anda log masuk laman web kami yang selamat;

  • Kuki analisis/ prestasi. Ini membolehkan kami untuk mengenali dan mengira bilangan pelawat-pelawat laman ke web kami dan untuk melihat bagaimana pelawat-pelawat bergerak di laman web kami apabila mereka menggunakannya. Ini membantu kami untuk menambahbaik cara laman web kami bekerja, contohnya, dengan memastikan bahawa pelawat-pelawat dapat mencari apa-apa yang mereka cari dengan mudah; dan

  • Kuki fungsi. Ini digunakan untuk mengenali anda apabila anda mengembali ke laman web kami. Ini membolehkan kami memperibadikan kandungan kami untuk anda, menyambut anda dengan nama anda dan mengingati pilihan-pilihan anda (contohnya, pilihan bahasa atau rantau anda).

Penggunaan seterusnya laman web kami bermaksud anda menerima penggunaan kuki seperti yang dinyatakan seperti yang dinyatakan di atas.

Bahagian C – Bagaimana kami menggunakan data peribadi anda dan mengapa

Kami boleh menggunakan data peribadi yang anda berikan kepada kami, bersama dengan maklumat lain, untuk tujuan-tujuan berikut:

  • untuk memproses permohonan anda;

  • untuk mentadbir dan memproses polisi insurans, tuntutan insurans dan semakan perubatan, keselamatan dan pengunderaitan;

  • untuk memproses arahan pembayaran;

  • untuk mengesahkan kelayakan anda untuk produk dan perkhidmatan insurans, pengurusan kewangan atau kekayaan;

  • untuk mereka bentuk dan memberi anda dengan insurans, produk dan perkhidmatan kewangan dan yang berkaitan pada masa depan;

  • untuk berkomunikasi dengan anda;

  • untuk mematuhi apa-apa peraturan atau keperluan undang-undang yang lain;

  • untuk menyiasat dan menyelesaikan tuntutan dan mengesan dan mencegah penipuan (sama ada berkaitan atau tidak dengan polisi yang dikeluarkan berkenaan dengan permohonan anda);

  • untuk menjalankan pemeriksaan menggunakan agensi-agensi termasuk tetapi tidak terhad kepada agensi-agensi rujukan kredit dan syarikat mengesan;

  • untuk memberi perkhidmatan pelanggan;

  • untuk melakukan pembuatan keputusan atau pemprofailan secara automasi;

  • untuk melakukan semakan polisi atau analisis keperluan;

  • penggunaan teknologi baru untuk menjalankan penyelidikan dan analisis statistik;

  • memberikan faedah, manfaat atau keistimewaan kepada anda sebagai pelanggan atau bakal pelanggan kami di mana faedah, manfaat atau keistimewaan ini mungkin diberi oleh kami atau pihak ketiga;

  • menjalankan apa-apa aktiviti yang berhubungan dengan atau berkaitan dengan tugas-tugas kami sebagai syarikat insurans;

  • pemadanan data;

  • menjalankan sebarang hak subrogasi; dan

memberi anda maklumat mengenai perkhidmatan dan/atau produk-produk pihak ketiga yang mungkin menarik minat anda.

Siapa yang kami mendedah data peribadi kamu dan mengapa

Kami boleh mendedah data peribadi dan kesihatan anda kepada rakan-rakan kongsi kewangan atau perniagaan kesihatan kami dan pemberi perkhidmatan pihak-pihak ketiga (termasuk tetapi tidak terhad syarikat insurans, pengendali takaful, peguam, pegawai bank, akauntan, juruaudit, pengurus pelaburan, penasihat skim, institusi kewangan, pemegang amanah (dan pihak-pihak yang berkenaan) dan pemproses pemberi perkhidmatan pihak-pihak ketiga, pemberi perkhidmatan pihak-pihak ketiga lain yang memberi perkhidmatan-perkhidmatan pentadbiran, telekomunikasi, komputer, pembayaran, percetakan, penebusan, pemberi perkhidmatan dan platform IT atau perkhidmatan lain kepada kami untuk membolehkan kami menjalankan perniagaan kami), doctor, pakar perubatan, hospital, klinik, wakil atau pihak pengantara kami, syarikat insurans semula dan syarikat takaful semula, syarikat-syarikat pengajian bil perubatan, syarikat siasatan tuntutan, organisasi yang menyatukan tuntutan dan pengunderaitan  bagi industri insurans, organisasi pencegahan penipuan, persatuan industri dan persekutuan, dan pangkalan data atau daftar (dan pengendali mereka) yang digunakan oleh industri insurans untuk menganalisis dan memeriksa maklumat yang diberikan terhadap maklumat yang sedia ada, proses penyelesaian urusan risiko dan pematuhan peraturan, pengawal selia dan agensi-agensi kerajaan, agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang dan mahkamah-mahkamah, Kumpulan Prudential, pemegang polisi bersama atau pemegang pelaburan anda, penasihat profesional, penyelidik, agensi-agensi rujukan kredit, agensi-agensi kutipan hutang, institusi dan perkongsian kewangan/ kesihatan untuk mana-mana tujuan yang dinyatakan dalam Bahagian C ini. Sekiranya anda mempunyai polisi bersama, pemegang polisi bersama boleh menerima data peribadi anda juga. Jika sesuai, kami juga boleh memberi data peribadi kepada agensi-agensi pencegahan jenayah kewangan, mana-mana badan perundangan, pengawalselia atau kerajaan.

Kami boleh memproses data peribadi anda di negara selain daripada negara yang anda tinggal. Setakat di mana kami memindah data peribadi anda, kami akan menggunakan langkah yang sesuai dan mematuhi undang-undang negara yang mana data peribadi anda telah dipindahkan.

Kami menyimpan data peribadi anda untuk jangka waktu yang tertentu

Data peribadi anda akan disimpan sama ada selagi anda (atau pemegang polisi bersama anda) adalah pelanggan kami dan untuk tempoh tujuh tahun selepas penamatan hubungan pelanggan, atau lebih lama jika diperlukan oleh undang-undang. Mungkin terdapat keadaan-keadaan spesifik di mana ia adalah diperlukan untuk kami menyimpan data peribadi anda untuk jangka yang lebih lama (misalnya apabila pertikaian timbul).

Bahagian D – Penyemakan Rujukan

Untuk produk-produk tertentu, kami boleh menggunakan agensi rujukan kredit yang diluluskan, syarikat mengesan, agensi pencegahan jenayah kewangan, proses penyelesaian untuk pengurusan risiko dan pematuhan peraturan atau maklumat yang tersedia secara awam, untuk membantu kami menyemak identiti anda, serta mengelakkan penipuan dan pengubahan wang haram; ini mungkin termasuk penyemakan atas alamat semasa atau dahulu anda. Keputusan-keputusan ini boleh disimpan untuk rujukan masa depan.

Penyemakan ini juga boleh dilakukan untuk mana-mana data peribadi pihak ketiga yang diberi oleh anda termasuk tetapi tidak terhad kepada nyawa yang diinsuranskan, penama, pemegang amanah, benefisiari dan pemegang serahhak, pada data peribadi yang anda berikan. Jika kami tidak dapat menghubungi anda, kami mungkin menggunakan agensi-agensi untuk mengesahkan alamat anda untuk membantu kami menghubungi anda.

Sebarang pemindahan data peribadi anda akan sentiasa dilakukan dengan selamat.

Bahagian E – Kami boleh menggunakan data peribadi anda untuk melakukan pembuatan secara automasi atau memprofail anda

Kami, PAMB, Kumpulan Prudential, Rakan-Rakan Kongsi Perniagaan kami, dan Rakan-Rakan Kongsi Pemasaran kami boleh menggunakan data peribadi anda untuk membuat keputusan secara automasi yang melibatkan anda atau untuk melakukan pemprofilan lain (contohnya, pemprofilan pemasaran).

Bahagian F – Penggunaan data peribadi sensitive anda

Untuk produk atau perkhidmatan tertentu, kami perlu memproses data peribadi sensitif anda, seperti maklumat yang berkaitan kepada kesihatan, genetik, pengecam biometrik dan orientasi seksual. Kami hanya akan memproses data peribadi sensitif ini setelah mendapat persetujuan nyata anda untuk berbuat demikian.

Bahagian G – Anda mempunyai kawalan

Berkenaan dengan cara kami menggunakan data peribadi anda, anda berhak untuk:

  • meminta salinan data peribadi anda (kami mempunyai hak untuk mengenakan bayaran yang munasabah untuk menyediakan permintaan ini);

  • meminta bahawa kami membuat pembetulan terhadap sebarang yang salah atau tidak lagi terkini, atau melengkapkan mana-mana data peribadi yang tidak lengkap;

  • mengehadkan atau menarik balik mana-mana bahagian persetujuan anda yang anda telah beri untuk pemprosesan data peribadi anda, namun tindakan tersebut boleh menghalang kami daripada melaksanakan obligasi kami kepada anda;

  • mengehadkan atau menarik balik persetujuan anda kepada kami untuk menggunakan data peribadi anda untuk pemasaran langsung atau pemprosesan lain untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam Bahagian A; dan

  • mengadu kepada pihak berkuasa perlindungan data atau pengawal selia bebas lain mengenai cara kami menggunakannya.

Sekiranya anda kini berada dalam bidang kuasa EU, hak tambahan di bawah General Data Protection Regulation (GDPR) mungkin terpakai. Oleh itu, anda boleh:

  • minta kami untuk memadamkan data peribadi anda jika ia tidak lagi diperlukan untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam Bahagian A atau jika tiada asas di sisi undang-undang lain untuk pemprosesan tersebut;

  • membantah kegunaan data peribadi anda untuk pemasaran langsung (termasuk pemprofilan yang berkaitan) atau pemprosesan lain berdasarkan kepentingan sah;

  • memohon bahawa kami menyediakan salinan data peribadi anda dalam format berstruktur dan yang biasa digunakan dalam keadaan tertentu; dan

  • hadkan bagaimana kami menggunakan data peribadi anda atau menarik balik persetujuan-persetujuan anda (termasuk membuat keputusan secara automasi) yang anda telah berikan untuk pemprosesan data peribadi anda.

Jika anda ingin melaksanakan hak-hak anda, atau ingin mendapat penjelasan tentang hak-hak ini, kami telah menjelaskan bagaimana anda boleh berhubungi kami di bahagian Hubungi Kami.

Sekiranya anda perlu berhubung dengan kami, sila ambil perhatian bahawa untuk tujuan Polisi Privasi ini Pengawal Data (data controller)[1] data peribadi anda adalah PAMB. Kami boleh memantau atau merakam panggilan atau komunikasi lain yang kami ada dengan anda. Ini mungkin adalah untuk latihan, untuk keselamatan, atau untuk membantu kami memeriksa untuk qualiti.

Bahagian H – Bertindak bagi pihak lain?

Apabila anda memberi kami data peribadi tentang individu (atau individu-individu) lain, anda harus telah dilantik dan dibenarkan oleh individu tersebut untuk bertindak bagi pihaknya. Ini termasuk mendapat persetujuannya untuk:

  • pemprosesan data peribadi dan data peribadi sensitif mereka oleh kami (seperti yang kami telah jelaskan di Bahagian A - G di atas); dan

  • anda mendapat polisi-polisi privasi atau notis berkaitan yang lain bagi pihak mereka.

 

Jika atas apa jua sebab anda bimbang sama ada anda dibenarkan untuk memberikan kepada kami maklumat individu lain, sila hubungi kami di alamat e-mel di bawah sebelum menghantar apa-apa kepada kami.

Bahagian I – Pemasaran langsung

Kami akan menghantar anda maklumat tentang produk dan perkhidmatan yang diberi oleh kami, Kumpulan Prudential Group dan pihak-pihak ketiga yang telah dipilih dengan cermat.

Tambahan pula, sebelum memberi data peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga dalam Bahagian C untuk tujuan pemasaran langsung, kami mungkin dikehendaki oleh undang-undang untuk mendapatkan persetujuan nyata anda, dan hanya setelah mendapat persetujuan nyata tersebut, kami akan membuat demikian.

Dan jika anda menukar fikiran, dan/atau anda ingin memilih keluar daripada menerima pemasaran langsung, ia adalah mudah untuk memberitahu kami. Sila gunakan salah satu pilihan di bahagian Hubungi Kami.

Hubungi kami

Jika anda ingin melaksanakan hak anda dalam Bahagian G atau jika anda memerlukan sebarang maklumat lain tentang mana-mana bahagian lain Polisi Privasi ini, anda boleh menghubungi kami dalam beberapa cara.

Anda boleh menghubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PAMB melalui telefon iaitu 603-2771 0228 atau secara emel di customer.mys@prudential.com.my.

Bahagian J – Pautan ke Laman Web Pihak-Pihak Ketiga

Laman web ini mungkin mengandungi pautan ke laman web pihak-pihak ketiga. PAMB tidak mempunyai kawalan ke atas kandungan laman web pihak-pihak ketiga atau cara pengendali laman web mengurus data peribadi anda. Anda harus mengkaji polisi privacy terpakai terhadap laman web pihak-pihak ketiga untuk memahami cara-cara di mana pihak-pihak ketiga ini boleh mengendalikan data peribadi anda.

Ketakkonsistenan

Sekiranya terdapat sebarang percanggahan atau ketakkonsistenan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia Polisi Privasi ini, bagi tujuan tafsiran dan pentafsiran, versi Bahasa Inggeris Polisi Privasi ini akan diutamakan dan digunapakai.

Kumpulan Prudential bermaksud Prudential plc, Prudential Holdings Limited dan mana-mana gabungan Prudential plc. Prudential plc tidak bergabung dalam apa jua cara dengan Prudential Financial Inc., sebuah syarikat yang mempunyai tempat perniagaan utama di Amerika Syarikat, atau dengan Prudential Assurance Company, anak syarikat M&G plc, sebuah syarikat yang ditubuhkan di United Kingdom.

Rakan-Rakan Konsi Perniagaaan bermaksud pemberi perkhidmatan kami, akauntan, juruaudit, pemberi perkhidmatan dan platform IT, perantara, penanggung insurans semula, pengurus pelaburan, ejen, pemegang amanah pencen (dan pihak berkenaan), penasihat skim, pengenal, pemberi produk kewangan dan insurans pihak ketiga yang terpilih, dan peguam kami.

Rakan-Rakan Kongsi Pemasaran bermaksud pemberi perkhidmatan kami, perantara, pemegang amanah (dan pihak berkenaan), penasihat skim, pengenal dan pemberi produk kewangan dan insurans pihak ketiga yang terpilih.

[1] Pengawal Data (Data Controller) – Individu perundangan atau seorang di sisi undang-undang, pihak berkuasa awam, agensi atau badan lain yang, bersendirian atau bersama dengan orang lain, menentukan maksud dan cara pemprosesan data peribadi.

Versi 10/2020