Soalan Lazim Mengenai Pelarasan Bonus bagi Tahun Kewangan Berakhir 2025

EN | CHI

Jika anda telah menerima notis mengenai pelarasan campuran bonus bersama Penyata Bonus Tahunan 2025 anda, maklumat dan sumber di bawah adalah untuk membantu anda memahami perubahan ini dan bagaimana ia mungkin memberi kesan kepada anda. Untuk bantuan lanjut, sila hubungi Perancang Kewangan Prudential, Wakil Bank, dan/atau Penasihat Kewangan anda. Sebagai alternatif, anda boleh mengunjungi cawangan Perkhidmatan Pelanggan kami yang terdekat atau hubungi Khidmat Pelanggan di +603-2771 2450 (Isnin-Jumaat, 8.30am-5.15pm, kecuali cuti umum).

FAQs


Campuran Bonus merujuk kepada komposisi pelbagai jenis bonus untuk polisi anda. Terdapat dua jenis bonus untuk polisi anda, iaitu Bonus Berbalik (RB) dan Bonus Terminal (TB).

Ini adalah bonus tidak dijamin yang ditambah kepada jumlah diinsuranskan bagi polisi penyertaan, biasanya secara tahunan. Setelah diisytiharkan dan ditambah kepada polisi anda, RB adalah dijamin dan akan dibayar sepenuhnya apabila berlaku kematian, hilang upaya kekal dan menyeluruh atau kematangan, dengan syarat anda berterusan membayar premium seperti yang dinyatakan di dalam kontrak polisi anda.

Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk menyerahkan polisi anda, anda mungkin tidak menerima jumlah penuh daripada bonus yang diperuntukkan. Jumlah bonus-bonus yang dibayar semasa penyerahan mungkin menjadi tersangat rendah berbanding dengan bonus-bonus yang dibayar jika anda terus menyimpan polisi sehingga kematangan, atau pada kematian awal / hilang upaya kekal dan menyeluruh.

Ini adalah bonus tidak dijamin di mana ia dibayar apabila polisi anda tamat – atas kematian, hilang upaya kekal dan kematangan atau jika anda memilih untuk menyerahkan polisi anda. Bonus Terminal biasanya direka untuk pemegang polisi dengan pembahagian pencapaian operasi dan pelaburan Dana Penyertaan Hayat secara adil. Walau bagaimanapun, terdapat kemungkinan anda tidak layak sepenuhnya untuk Bonus Terminal jika anda menyerahkan polisi lebih awal. Ia diisytiharkan secara berkala bagi setiap tempoh (contohnya tahunan) dan jumlahnya boleh berbeza pada setiap pengisytiharan bergantung kepada prestasi pelaburan dan operasi Dana Penyertaan Hayat.

Pelarasan ini adalah untuk memastikan pembayaran yang adil dan saksama kepada semua pemegang polisi dalam jangka masa panjang serta memastikan kelestarian bonus berdasarkan keadaan ekonomi semasa. Kadar bonus berbalik diselaraskan agar selaras dengan hasil pulangan yang lebih rendah daripada pasaran pendapatan tetap. Untuk memberikan gambaran:

  1. Sepanjang dekad yang lalu, hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) 10 tahun telah berlegarsekitar 4% dengan penurunan mendadak semasa pandemik COVID-19, diikuti dengan pemulihan, dan penurunan kepada kira-kira 3.5% menjelang Januari 2026.
  2. Penyempitan berterusan spread kredit yang seterusnya mengurangkan pulangan bon korporat. Sebagai contoh, spread kredit bagi bon bertaraf AA 10 tahun telah menurun sekitar 0.5% hingga 1% dalam tempoh 10 hingga 15 tahun yang lalu.

Walaupun terdapat penyesuaian dalam RB, TB yang lebih tinggi akan digunakan dan nilai matang   yang diunjurkan bagi polisi anda dijangka kekal tidak berubah, memastikan anda menerima bahagian yang adil daripada Dana Hayat Penyertaan.

Kadar bonus semakan yang diisytiharkan bagi Tahun Kewangan Berakhir 2025 akan berkuat kuasa mulai 1 April 2026.

Tiada perubahan pada Bonus Berbalik terkumpul yang telah diisytiharkan kepada anda sebelum ini sehingga Tahun Kewangan Berakhir 2024, iaitu Bonus Berbalik yang telah ditambah kepada polisi anda sehingga ulang tahun polisi dalam tahun kalendar 2025.

Kadar bonus yang dilaras semula akan memberi kesan kepada bonus berbalik yang diisytiharkan pada tahun 2025 dan seterusnya. Bonus ini adalah sebahagian daripada manfaat yang anda mungkin terima di bawah polisi penyertaan anda.

Walau bagaimanapun, ia tidak akan menjejaskan manfaat terjamin dan bonus berbalik terkumpul yang telah diisytiharkan kepada anda sehingga Tahun Kewangan Berakhir 2024. Secara keseluruhan, nilai matang yang diunjurkan bagi polisi anda dijangka kekal tidak berubah, iaitu berdasarkan bahagian saksama anda dalam Dana Penyertaan Hayat semasa tempoh matang. Bonus terminal anda akan diselaraskan sewajarnya untuk memastikan manfaat anda terus mencerminkan bahagian saksama anda dalam Dana Penyertaan Hayat, seperti yang ditetapkan oleh peraturan. Ia mungkin berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada prestasi pelaburan dan operasi Dana Penyertaan Hayat.

Faktor utama yang mempengaruhi prestasi operasi Dana Penyertaan Hayat ialah tuntutan insurans (contohnya kematian atau hilang upaya kekal sepenuhnya, bayaran penyerahan dan kematangan) serta perbelanjaan (contohnya perbelanjaan pentadbiran, kos pengedaran dan cukai).

Faktor utama yang mempengaruhi prestasi pelaburan Dana Penyertaan Hayat adalah terutamanya hasil bon (seperti yang dinyatakan di atas) dan prestasi ekuiti.

Sila rujuk kepada Wakil Prudential/Perancang Kewangan/Wakil Bank anda atau Khidmat Pelanggan untuk maklumat lanjut mengenai pelarasan ini.

Semakan bonus berbalik hanya terpakai kepada produk tertentu. Jika anda mempunyai beberapa polisi, anda akan menerima notifikasi yang serupa untuk setiap polisi yang terjejas.

Bonus mungkin berbeza mengikut produk disebabkan oleh beberapa faktor, termasuk tetapi tidak terhad kepada ciri-ciri produk yang berbeza, persekitaran ekonomi dan prospek semasa penetapan produk, serta masa permulaan polisi yang memberi kesan kepada tempoh pelaburan.

Kadar bonus masa depan akan bergantung pada prestasi pelaburan dan prestasi operasi masa depan Dana Penyertaan Hayat. Kami menyemak kadar bonus setiap tahun berdasarkan prestasi pelaburan Dana Penyertaan Hayat dengan objektif untuk memastikan kami terus membuat pembayaran bonus yang adil dan saksama kepada semua pemegang polisi kami dalam jangka panjang.

Tiada kesan kepada polisi di bawah APL. Nilai serahan yang tersedia untuk pinjaman kekal berdasarkan bahagian adil anda daripada Dana Penyertaan Hayat. Anda boleh membayar balik pinjaman keseluruhannya atau sebahagiannya pada bila-bila masa ketika polisi ini berkuat kuasa. Sebarang pembayaran balik awal akan mengurangkan hutang ke atas polisi anda dan juga mengurangkan faedah yang dikenakan ke atas polisi. 

Nota: Sekiranya terdapat sebarang ketidakselarasan antara versi Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Mandarin bagi Soalan Lazim ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai setakat ketidakselarasan tersebut.